Saturday, January 26, 2013

tulang temulang

entah.
fikiran berkecamuk.
kalau dapat dizahirkan apa yang aku fikirkan ini
tak terkejar fikiran itu, berlari ke sana dan ke sini.

SUNGGUH.

hati tak tenteram.
mahu saja aku terlentang dan pejam mata.
atau mungkin aku patut biar sahaja.

aku runsing dengan atasan tua itu sebenarnya.
mudah saja digulakan pencipta cerita palsu.
hanyut dengan khabar angin yang sendiri pun tak tahu.

rasa kasihan aku tak mampu menyaingi cerita tipu itu.
terpulanglah.
aku pun tak mampu lagi berdiri di sini.
lenguh sendi tulang temulang minta aku berhenti menyakiti.

maafkan aku.
seperti sengaja melupakan kesakitan temulang.


ampun.

dan kini aku masih lagi belum menuju pulang.

No comments:

Post a Comment