jangan pikir kau yang teraniaya. jangan pikir kau yang tak berdosa.
buka mata, lihat semuanya.
baru kau nampak apanya, dan berhenti mengadu domba.
Kadang kadang aku rasa dunia ni berlaku tidak adil pada manusia. bila yang miskin bertambah miskin, bila yang kaya bertambah tambah kaya. bila yang tertindas terusan ditindas bila yang bongkak makin meninggi hidungnya.
ini realiti kehidupan atau apa?
kadang kadang aku mau sahaja lari dari dunia. dunia yang tersedia ada ini terlalu banyak membawa kehancuran. mungkin benar, bukan dunia yang patut dipersalahkan. manusia yang patut ditarik telinganya atas sebab demikian.
terus, pagiku jadi kacau bilau. hilang segala damai.
kau tak perlu tau kalau aku itu sebenarnya berasa hati dengan tingkah yang kau pamerkan pada aku. entahlah.
kau menganggap aku ini sebahagian daripada pertalian keluarga kau tapi kebohongan yang kau ciptakan langsung tidak menampakkan apa yang tersurat.
aku hanya nampak yang tersirat disebalik yang tersurat.
kerana itu aku menjauhi kau.
ya, terima kasih atas kiriman ringkas kau yang merosakkan pagi aku.

