Wednesday, August 29, 2012

Pemikir Tegar yang Degil

Berkecamuk. Kecelaruan juga turut serta. Kata si doktor, ini hanyalah simptom tekanan darah rendah. Bohonglah!

Acapkali perasaan ini menghantui. Aku sihatlah! 


Ini cuma masalah yang sering dihadapi oleh pemikir tegar seperti aku. Kalut memikirkan hal itu dan ini. Padahal pokok-pokok sekeliling yang punya fungsi seperti manusia sekadar memandang dan membatu seperti batu malah lupa pada kelebihannya yang punya fungsi seperti manusia. 

Aku pula seperti orang gila yang sudah terlalu letih. Mohon andai pokok-pokok ajaib itu bisa membantu. Hampa!

kadang kala hanya mampu menuturkan kata maaf tatkala gagal mengawal diri akibat keletihan memikir yang teramat.

Aku patut berhenti dari terus menerus jadi pemikir tegar atau aku akan tetap berhadapan dengan situasi ini sampai kapan pun. Itu kata teman katilku.

Aku memang pemikir tegar yang degil! Itu kata aku.


Moga ALLAH kurniakan aku kekuatan yang bisa aku gunakan untuk berhenti menjadi pemikir tegar yang degil

Wednesday, August 15, 2012

jangan tinggal daku

Beberapa hari sahaja lagi... tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelang. Tiada lagi hiruk pikuk aku mengejutkan si suami supaya bangun bersahur lagi. haha. lucu. setiap kali Ramadhan tiba, setiap kali itulah aku akan mengomel tak tentu pasal. 

Lebih-lebih lagi bila tiba waktu sahur... punyalah payah nak kejutkan si suami ni... liatnya mengalahkan budak baru nak belajar berpuasa je. yang paling kelakar tatkala aku dah putus asa nak mengejutkan lagi. dan dan jelah lepas tu, tak sampai 5 minit, dia pun bangun macam takda apa apa je... haaa, time tu la lagi panjang aku mengomel. haha.

Tapi lepas tu, semuanya balik macam biasa, kejadian payah bangun sahur tak beri kesan kepada kehidupan kami. Alhamdulillah.... Mungkin berkat bulan Ramadhan.

Tapi mintak-mintak la anak bujang aku nanti tak buat perangai liat bangun sahur macam ayah dia pulak..

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih atas kurniaan yang Kau berikan ini. Syukur tak terkata aku.  Moga rahmat yang Kau limpahkan kepada kami ini berterusan hendaknya..

Amin.