Wednesday, May 15, 2013

Kau buat apa?

Suatu petang di dalam sebuah bilik ketuk cerita. seorang wanita, A (bukan nama sebenar)sedang mundar-mandir di sekitar kawasan. seketika dipanjangkan leher jinjangnya itu. mencari mangsa mungkin. 

Di sebelah barat bilik ketuk cerita pula duduk seorang mamat yang bernama A (bukan nama sebenar dan bukan juga kebetulan huruf depan nama dorang ni sama). 

Mata wanita A yang meliar mencari mangsa tertancap pada mamat A yang sedang asyik duduk di hadapan peti mengetuk tulisan. seketika kemudian merupakan perbualan di antara wanita A dengan mamat A.

Wanita A:  A (merujuk kepada mamat A ye bukan diri dia sendiri, ok!) kau tengah buat apa tu? (soalan rutin wanita A tatkala jam mula menunjukkan angka  6.)

Mamat A dengan perasaan terkejutnya mula menoleh ke arah wanita A dan segera membulatkan fokus anak matanya. Didalam hatinya bergetaran laju selaju papan luncur di alun ombak tsunami.

Lantas dia mengumpulkan suara untuk berbicara..

Mamat A: Saya kak?

Wanita A: Ye, kaulah! kau tengah buat apa tu?

Mamat A: Saya? Saya tengah buat yang terbaik kak...


Terkesima Wanita A mendengar kata-kata mamat A. Setelah menelan dua tiga teguk air liurnya, Wanita A mulai bergerak ke kawasan bilik ketuk berita yang lain mencari insan yang sudi menjadi mangsanya. 

p/s:  kisah ini berdasarkan kisah benar yang diolah semula menjadi sebuah cerita untuk dibaca. =p
 

Friday, March 1, 2013

Perasaan apakah ini?

first of all, aku rasa aku takda perasaan benci tu pada kau cuma perasaan tak suka tu lah membuak-buak...
kau mesti pernah tengok kan gunung berapi versi lumpur... haaaa.... camgitulah rasa tak suka aku tu.. tak panas pun, suam-suam je... tapi mengalir berterusan.


kan... ini perasaan dia kalau kata ada possibility jumpa kau.




ni pulak bila atau lepas jumpa kau.



lagi-lagi bila kau bajet kaulah yang paling sempurna walaupun dekat wall kau bertempek ayat-ayat motivasi (katanya lah!) supaya kurangkan penyakit perasan bagus tu.

fed up tau tak. naik menyampah tengok pun ada gak.

pernah tak kau fikir yang kehidupan kita ni sama je.. atau mungkin kau beruntung sikit la.. tapi tu pun kau nak bajet bagus... haish!

Apa-apa yang kau kecapi tu, anugerah dari ALLAH okay... hargailah... be humble for all that you think like you have the victory over us. ntah hape-hape la...

nanti kalau ALLAH tarik balik semua-semua tu macam mana? tak ke menangis tak berlagu ko tu nanti.

chill la... kitorang pun bukan nak berlumba-lumba kumpul harta atau sibuk nak tayang kat kau pun. kitorang ada tanggungjawab untuk family kecil kitorang ni.

usaha lebih kitorang yang kau labelkan macam buang masa je ni adalah untuk masa depan " bakal pembaca-pembaca doa" buat kitorang bila kitorang dah takda kat dunia yang kau banggakan sangat dengan victory kau tu.

come on la... jangan macam ni... sebab aku dah fed up.

kadang-kadang aku rasa cam nak hambur je semua ni kat muka kau, kau, kau, kau dan kau supaya faham yang usaha kitorang bukan untuk 'honda accord' sahaja ok.

ada pernah kau tanyakan jerih perih kitorang? takda kan? jadi jangan pernah buka mulut dan berbuat begitu.

fahami kitorang dahulu dan kemudian baru kau katakan apa adanya. bukan sekadar membabi buta.

bongkak kau di dunia tak ke mana.. dunia ni tak abadi.

SEKIAN.


Thursday, February 14, 2013

ALHAMDULILLAH~

Hellooooo~~~~~~~~~~~~~~~
hamboi, kemain panjang lagi hello aku kan... haha.
tahun ni banyak benda yang berlaku walaupun 2013 baru je membuka tirai..
kan?

SM bertukar, status kerja aku pun bertukar jugak..
tapi yang bestnya, ALHAMDULILLAH....
Aku berjaya siapkan AW aku yang dah nak dekat setahun tertangguh..
tapi tertangguh ni bersebab ok bukan saja-saja bertangguh...

(jangan ingat aku memang suka buat kerja bertangguh ok....)

Dan ALHAMDULILLAH jugak, aku mampu membayar nazar yang aku buat baru-baru ni..

me, SUKA!!!

SM baru pun best jugak. tagline dia " Dah lah ASM korang garang...."
hahahah! sumpah lawak!

all the way aku gelak je...

=)

tempat praktikal je aku tak mikior lagi...
sakit kepala pulak nak mikior tempat dia..

doakan aku!

Saturday, January 26, 2013

tulang temulang

entah.
fikiran berkecamuk.
kalau dapat dizahirkan apa yang aku fikirkan ini
tak terkejar fikiran itu, berlari ke sana dan ke sini.

SUNGGUH.

hati tak tenteram.
mahu saja aku terlentang dan pejam mata.
atau mungkin aku patut biar sahaja.

aku runsing dengan atasan tua itu sebenarnya.
mudah saja digulakan pencipta cerita palsu.
hanyut dengan khabar angin yang sendiri pun tak tahu.

rasa kasihan aku tak mampu menyaingi cerita tipu itu.
terpulanglah.
aku pun tak mampu lagi berdiri di sini.
lenguh sendi tulang temulang minta aku berhenti menyakiti.

maafkan aku.
seperti sengaja melupakan kesakitan temulang.


ampun.

dan kini aku masih lagi belum menuju pulang.