Wednesday, August 15, 2012

jangan tinggal daku

Beberapa hari sahaja lagi... tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelang. Tiada lagi hiruk pikuk aku mengejutkan si suami supaya bangun bersahur lagi. haha. lucu. setiap kali Ramadhan tiba, setiap kali itulah aku akan mengomel tak tentu pasal. 

Lebih-lebih lagi bila tiba waktu sahur... punyalah payah nak kejutkan si suami ni... liatnya mengalahkan budak baru nak belajar berpuasa je. yang paling kelakar tatkala aku dah putus asa nak mengejutkan lagi. dan dan jelah lepas tu, tak sampai 5 minit, dia pun bangun macam takda apa apa je... haaa, time tu la lagi panjang aku mengomel. haha.

Tapi lepas tu, semuanya balik macam biasa, kejadian payah bangun sahur tak beri kesan kepada kehidupan kami. Alhamdulillah.... Mungkin berkat bulan Ramadhan.

Tapi mintak-mintak la anak bujang aku nanti tak buat perangai liat bangun sahur macam ayah dia pulak..

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih atas kurniaan yang Kau berikan ini. Syukur tak terkata aku.  Moga rahmat yang Kau limpahkan kepada kami ini berterusan hendaknya..

Amin.

No comments:

Post a Comment